Beli Bahan Buangan

Minyak Masak Terpakai

RM 1.00/KG

Minyak masak terpakai boleh dikitar semula menjadi biodisel, tetapi jika ia tidak dibuang dengan sempurna ke dalam tong sampah atau longkang, ia akan membahayakan alam sekitar

Lihat Item

Tin Aluminium

RM 0.70/KG

Tin aluminium adalah logam yang tahan hancur dan boleh dikitar semula berkali-kali. Walaupun tin aluminium berada paling bawah dalam rantaian nilai kelompok logam buangan, tetapi ia masih boleh dipungut dan dibawa ke tempat buangan secara pukal.

Lihat Item

Plastik

RM 0.30/KG

Hampir semua plastik boleh dikitar semula, tetapi sejauh mana ia boleh boleh dikitar semula bergantung kepada faktor-faktor teknikal, ekonomi dan logistik. Sebagai sumber yang mempunyai kepelbagaian kegunaan, laluan penggunaan semula yang terbaik bagi bahan plastik adalah dengan mengitarnya semula, sebaik-baiknya dengan mengubahnya kepada produk tertentu yang kemudiannya boleh dikitar semula berkali-kali

Lihat Item

Kertas

RM 0.50/KG

Dalam dunia ekonomi hari ini, organisasi perniagaan mengitar semula kertas kerana ia dapat menjimatkan kos pelupusan bahan buangan. Kitaran semula juga dapat menyelamatkan bumi dan masyarakat setempat kerana ia membantu memulihara sumber alam yang berguna, mengurangkan pencemaran daripada pengeluaran bahan baru dan tidak kurang pentingnya menjana peluang pekerjaan.

Lihat Item

Kaca

RM 0.20/KG

Botol dan balang kaca atau bahan-bahan diperbuat daripada kaca boleh dikitar 100% dan ia boleh dikitar berkali-kali tanpa hilang ketulinan atau kualitinya. Industri pembuat bekas kaca dan ‘fiberglass’ secara keseluruhannya memungut 3 juta tan bahan buangan kaca setiap tahun, yang kemudiannya dilebur dan dibentuk semula untuk kegunaan pengeluaran bekas kaca dan produk-produk ‘fiberglass’ yang baharu.

Akan Datang

Sisa Makanan

RM 0.80/KG

Jumlah makanan yang kita buang yang begitu banyak merupakan pembuangan sumber yang merugikan. Bayangkan tentang banyaknya tenaga, air dan pembungkusan yang digunakan dalam pengeluaran makanan, pengangkutan dan penyimpanan. Kesemua ini terbuang begitu sahaja terutamanya makanan yang enak dan berharga

Akan Datang